Want your
own Fotopage?











 
Danish Faixaal's FotoPage

By: Rosita Samsudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Friday, 19-Sep-2008 03:05 Email | Share | | Bookmark
Ultraman Cedera

Main benda ni la yang menyebab tragedi
Kerana asyik mengejar buih...
Harus mama sorok benda ni lepas ni...
View all 16 photos...
Kata orang malang tidak berbau...yer ler..kalau berbau...tentu kita dah boleh lari daripadanya...

Petang Ahad lepas, semasa bermain dan asyik mengejar buih2, Danish terjatuh dan bahagian pipi berhampiran dengan mulut mengalami kecederaan. Bukan setakat luka, tetapi berlubang akibat tertusuk gigi taring. Masa kejadian, sebelum darah mula keluar, mmg jelas kelihatan pipi Danish berlubang.

Kiranya ini adalah injury yang kronik yng pernah dialami. Kalau setakat dahi benjol, pipi benjol, bibir berdarah tu dah biasa kami tgk... Kalau menurut bahasa doktor dalam laporannya, "penetrating injury in the right check".

Petang kejadian, kami membawa Danish ke klinik di Bkt Antarabangsa untuk menghentikan pendarahan. Doktor klinik tersebut hanya mencuci dan memasukkan acrylic tissue glue and steristrip utk tujuan tersebut. Bila mama tanya, tak ada ubatan ker, kata doktor tak perlu. Datang dalam 2 hari lagi untuk followup. Lepas balik rumah, Danish tidur sampai waktu berbuka. Seperti diduga, Danish tidak dapat dapat nak makan & menyusu kerana kecederaan ni.

Esoknya, mama ambik EL, kerana tak sampai hati nak hantar Danish ke rumah baby sitter. Pasti dia akan merengek. Memang pun, Danish merengek sepanjang pagi dan nampak pipinya semakin membengkak. Lewat pagi, mama pikir ini tak boleh jadi, harus bawak Danish jumpa doktor lagi. Kali ni jumpa doktor kat Damai Service Hospital. BIla doktor tgk ajer kecederaan Danish, katanya agak serius kerana dah bernanah akibat infection (sepatutnya Danish mendapat bekalan antibiotik untuk tujuan ini)..... dan Danish perlu diadmitkan ke hospital tersebut pagi tu jugak.....

Dipendekkan crita, Danish menjalani surgical petang tersebut jugak dalam kira2 pukul 3 ptg untuk menjahit luka dan mengeluarkan nanah. Sejam kemudian, terdengar tangisan Danish dalam bilik OT bila dia terjaga daripada tidur lepas disuntik ubat bius.

Untuk 4 hari, Danish kena berulang ke hospital Damai untuk mengambil suntikan antibiotik pada waktu pagi, petang dan malam. Sepatutnya Danish warded sehingga Khamis, tapi memandangkan bulan ramadhan, mama & papa bercadang untuk berulang alik ajer membawanya ke hospital untuk injection tersebut.

Sehingga crita ni diFPkan, Danish sedang beransur pulih, stitches di pipi hanya dibuka pada hari Isnin ini dan tangan kiri nya bengkak akibat suntikan 3 kali sehari selama 4 hari ini.. Bayangkan sampai tgk bangunan DSH pun dia dah merengek nak cabut lari (mana mau lari hah??.....) Terima kasih kepada Dr Wati, Dr Goh, Dr Ravi & jururawat yang merawat Danish sepanjang berada di Wad Dahlia....


Seronok main buih....

Quote:

Hujung minggu ini, mama & Danish akan balik Kuching untuk beraya sehingga 7 Oktober. Dengan kesempatan ini, kami anak beranak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua rakan dan taulan yang mengunjungi FP ini. Selamat balik kampung dan beraya buat semua.

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin... semoga Aidilfitri tahun ni membawa seribu kebahagiaan pada kita semua. Thu 25-Sep-2008 10:01
Posted by:Ashfa  - [Link]
>> salam Aidilfitri untuk anda sekeluarga...
>> moga bahagia di Syawal mulia...
>> andai ada salah silap terkasar bahasa...
>> ampun serta maaf juga dipinta....
Thu 25-Sep-2008 18:40
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
dah balik semenanjung ke otomen?? Fri 10-Oct-2008 05:22
Posted by:m♥mma darwisY & daNi : farah  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Thursday, 11-Sep-2008 02:51 Email | Share | | Bookmark
Lepak-lepak...

Mana lubang ni...
OK dah boleh start
Kucing mana yg menumpang Danish ni..
View all 12 photos...
Hari ni Danish genap 2 tahun setengah!!...

Berat - 13.5kg, Tinggi - 92 cm.
Hobi - berlagak macam Ultraman, ambil gambar
Perkataan favorite - Papa Li Amen Na (Papa beli Ultraman Dyna)


huhhh
asyik nak suh beli otomen jer
ape daaaa...
Wed 17-Sep-2008 20:08
Posted by:m♥mma darwisY & daNi : farah  - [Link]
>> lepak melepak bawa bahagia...
>> lepak dengan keluarga tak apa...
Thu 18-Sep-2008 20:07
Posted by:<< jeff >.  - [Link]
buleh acik tumpang balik kampung Fri 19-Sep-2008 03:04
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 5-Sep-2008 04:36 Email | Share | | Bookmark
Feet, Hand and Body Gesture

Jelir lidah
Tutup muka
Cam nii...
View all 12 photos...
Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada rakan2 FP sekalian.

Hari ni, baru ada mood untuk upload gambar, setelah beberapa kali mencuba agaknya FP tengah buat maintenance kut.

Bila dah boleh masuk editing ni, terpikir pulak apa yang nak diupload selain daripada memikirkan apa mungkin berlaku 16 Sept ni nanti

Seperti biasa, bukan mudah nak mengambil gamabr berkualiti sekarang ni, sebab model kecik buat aksi yg pelik2 saja..


dikau mmg peminat ultra yg sejati

Entryku kali ini

Anak-anak bermain api
Bermain api di waktu pagi
Resepi bukan sebarang resepi
Cuba sekali pasti nak lagi
Wed 10-Sep-2008 02:05
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
selamat menunaikan ibadah puasa juga utk ita sekeluarga....

uih!otomen ni mesti kuat tngk tv nih...
my luqman kureng sikit ngan tv...time lagu mula otomen je nyanyi....
pandai ngikut nyanyi....kemain lagi...
Sat 13-Sep-2008 06:47
Posted by:CT@mamaLuqman  - [Link]
isy, mmg buleh jadik dyna la danish ni ... hehehhe .... selamat berpuasa to danish sekeluarga! Tue 16-Sep-2008 00:46
Posted by:dellania  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 11-Aug-2008 03:51 Email | Share | | Bookmark
Danish at 2 Yrs 5 Months

Leka buat apa tu?
Susun puzzle rupanya
Amen Ga
View all 10 photos...

Pejam celik, pejam celik, genap sebulan lagi Danish menghampiri usia 2 tahun setengah!

Jadi boleh agaklah cam mana gelagat budak umur 2 1/2 tahun ni...
Dulu2 papa berangan (masa mama pregnenkan Danish ler..), kalau dapat anak kembar best gak, yer la, sekali membesarkan 2 org anak serentak, jimat masa kononnya. Tapi bila sekarang ni tengok gelagat lasak Danish, papa harus bersyukur sebab apa hanya lahir Danish Faixaal seorang ajer.

Bayangkan kalau kembar, dan terjadilah 2 orang ultraman jelmaan Dyna & Tiga... Ni, baru layan seorang ultraman pun papa dah tak larat.....




Danish yg cheeky


...selamat Hari kemerdekaan ke-51
selamat menyambut bulan ramadhan 1429 H....semoga dpt menjalani ibadat dgn sempurna
Sun 31-Aug-2008 17:26
Posted by:m0mma darwisY & daNi : farah  - [Link]
>> selamat menunaikan ibadah puasa buat anda sekeluarga...
>> semoga kehadiran Ramadan ini akan semakin mendekatkan kita kepadaNya...
>> insyaAllah...
Sun 31-Aug-2008 17:48
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
jom ke FP aunty..

entry birthday darwisY & daNi dah update
Thu 4-Sep-2008 22:18
Posted by:m♥mma darwisY & daNi : farah  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Saturday, 12-Jul-2008 02:29 Email | Share | | Bookmark
Birthday Rizq Nidaal

Danish kat tempat mainan
Tak boleh duduk diam
Dok lepak dgn Darwish
View all 10 photos...
Dah lama tak gi birthday party. Baru2 ini Danish bersama2 meraikan birthday Rizq yang kedua kat McD Damansara Damai. Happy Birthday Rizq


Rizq menyusul menganggotai kelab No 2


Entryku kali ini

Kata ditepat janji dikota
Sifat pemimpin jadi pilihan
Badan letih tak boleh nak kata
Kerana minat daku turutkan
Fri 8-Aug-2008 07:02
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
THANKS SINGGAH KAT FP ZAI TU....OK JGN LUPA JADI 1ST COMMENTOR TAU ...LEH ZAI PROMOTE FP KO...
NANTIKAN ENTRY ZAI YG TERBARU SOK "RONDA GURNEY PLAZA SAMBIL MKN HOT DOG 1901"

OOOOPPPPPPSSSSSSSS.........SATU LAGI BILA NAK ADD LINK ZAI KAT TEPI TU???TAK SUDI KA???

RE:KAT AMNER JER BUAT GAYA OTOMEN DIA..
Fri 8-Aug-2008 13:19
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
.•:*¨¨*:•. Branded Kids Clothing from UK .•:*¨¨*:•.

.•:*¨¨*:•. http://anythang-u-want.fotopages.com .•:*¨¨*:•.

Beautiful clothes for your little munchkins!!!
New stocks available now!!!
Kindly visit our website for a wide variety selection of imported kids clothing @ http://anythang-u-want.fotopages.com
Fri 15-Aug-2008 13:33
Posted by:anythang u want  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Friday, 11-Jul-2008 03:36 Email | Share | | Bookmark
Gaya Seorang Ultra

Danish tangkap sendiri gambar bala2 ultra ni..
Pose kat Waterfront Kuching
Mama pun kena fire...aapi jer tak kluar
View all 8 photos...
Danish dengan Ultraman mmg tidak dpt dipisahkan.... Makan, tidur ...dengan Amen....

Mengigau pun sebut Amen Na (Ultraman Dyna), Amen Ga (Ultraman Tiga)....Huhh..... itu la dia penangan Ultraman... Mama nak tangkap gambar, mesti aksi ultraman digayakan.. cam mana ni..tolongla.... nampaknya epidemik ultra ni semakin merebak....




I'm Flying High....

otomen yg tak luput lagik sejak sy kecik...
Mon 28-Jul-2008 02:07
Posted by:mr shah shah_2804@yahoo.com  - [Link]
LORR KENE BADI OTOROMAN LA NI EK

MEH LAWAN NGAN MAMA RINNA

SAPE MENANG??? WAKAKAKA!!!
Tue 29-Jul-2008 04:26
Posted by:FazaRina(RiNna) shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
ultraman tulunnn..............ada raksasa.......
wah suker yer dier dgn ultraman..
mesti duk memfire.....

salam perkenalan dari Aliffaisy & co
Wed 30-Jul-2008 14:07
Posted by:~~ciklinn~~  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 11-Jun-2008 02:43 Email | Share | | Bookmark
Sebelum jadi spider web..

selalu beraksi cam ni
begini
begitu
View all 9 photos...
world wide web hampir2 jadi spider web...

sejak kebelakangan ni dah kurang ambik gambar, sebab Danish yang selalu conquer camera dulu, alamat sampai kering la bateri tu... baru Danish bagi balik....

dan kalau berkesempatan tangkap gambar Danish, biasanya Danish akan buat aksi2 otomen atau mimik muka yg entah apa2 da.... mama nak upload pun kena pikir dua kali.... ni sebahagian daripadanya...


Danish Jarum Jr??


Adik beradik Ultraman yang didera....

hehehe... kelakar lah danish nih! mcm2 keletah sunggoh!!! really obsess dgn ultraman yer... bleh geng dgn fenriz... kelakar plak bila kak ita susun ultraman cenggitu, mmg nampak sgt berlakunyer proses penderaan maksima ke atas kaum-kerabat ultraman... ahaks!!! zz blom ada masa jer nak susun camtu, tapi saling tak tumpah cenggitu ler... bezanyer, walaupun dah tercabut seluruh anggota, kak ita masih mampu kumpul dan susun... zz rasa kalau nak carik jenuh! bersepah ke seantero benua... muahahahahahaha... windu danish! *muahz* Wed 9-Jul-2008 18:54
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
alahai kesian nyer the ultra brothers...dia org ramai ramai pun masih lom kuat utk lawan ngan Danish ...tgk je la banyak bahagian tercabut Danish kerjakan ... Thu 10-Jul-2008 03:30
Posted by:Moon  - [Link]
ciannyer kat otomen tu.. Wed 16-Jul-2008 03:09
Posted by:mok joh khadijah_east@yahoo.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 27-May-2008 08:11 Email | Share | | Bookmark
Gegaran Kuasa Ultra

Siapa berani nak rapat?
Tunggu raksaksa turun ke bumi..
Nah ambik sebijik penyepak ni...
View all 12 photos...
Di antara silat2 seorang Ultraman. Ultraman Dyna, Tiga, Zearth dan macam2 lagi kerabat Ultraman. Ada aksi tu macam tak pernah tgk pun Ultraman buat... Sebahagian daripada aksi Ultraman semasa cuti sekolah yang sempat dirakamkan....



KOBOIMON...

LAMO TAK APDET NIH... HEHEHE

JANGAN BIARKAN FP BERSAWANG..WAKAKA

**JOM DAH APDET..MEH LAYAN
Fri 20-Jun-2008 04:53
Posted by:FazaRina(RiNna) shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
bertukarrrrrrrrrrrrrrr!!!~ hehehe... dasat lah ultraman faixaal nih! siap kasik gegarrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! hehehe... so kiut!!! nowadays ramai boys r sooo much into ultraman lah kannnn... my fenriz too!!! kelakar pun yer gakkk... sesket bertukarrr, sesket raksasa... sesket fire... dgn kiter skali kena jadik raksasa... hahaha... mmg pownnn!!! raksasa groundot gitu... ahaks!!! *muahz muahz to ultraman danish faixaal* Sun 22-Jun-2008 03:06
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
salam...hai ita..
mane entry terbaru nie..
nz ek..nak tgk faixal la..hahhaha
Mon 23-Jun-2008 01:42
Posted by:muhaiyom_mama afiq.. aweks_81@yahoo.com  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Sunday, 11-May-2008 08:32 Email | Share | | Bookmark
Ir Danish Faixaal di angka 2 - 2

Danish nak try topi ni
Topi papa, nak bawak jejalan kat landasan keretapi JB-Spore
Tapi Danish belasah dulu
View all 6 photos...
Danish dah 2 tahun 2 bulan..... Dah makin besar dan boleh jadi teman bergaduh mama dan papa da..
Semenjak masuk usia angka 2 ni, Danish lasak semacam ajer. Aksi2 Ultraman berlawan dengan Raksasa, mmg favorite dia. Mana taknya, pasti mama atau papa jadi "mangsa" lepas tu, kena ayun bunga ultraman, hiya....huh....keluar la semua bunga2 silat Ultraman dia tu... Tengok mmg nak gelak pun..

Ni baru tgk Ultraman, alamat crita pelik2 mmg tak boleh nak tunjuk da, WWF ka, boxing ka....kerana sekarang ni Danish akan meniru instantly aksi2 yang ditengok tu. Sampai aksi2 iklan pun dia tiru.... cemana ni... nak kena bann drp tengok TV cam ni, tapi remote, cd player semua Danish dah boleh operate sendiri...

Anak2 zaman sekarang..... terlalu cerdik berbanding usia mereka.


Ir Danish Faixaal nak survey Sg Sering...




Thanks sudi tinggal komen kat fp Zai...Jom layan entry baru Zai"Nuha,Mummy Nuha @ KFC"
Dekat seminggu Zai tak update fp Zai kan..busy memanjang Zai sepanjang minggu nie..Dah bersawang nampak fp Zai kali nie...sabar jer laaa....ok sekrg busy tu dah reda kit..Zai kembali menganas...tungguuuuuu........

Wah...berhelmet plak dia erk...camn aunty zai kat intel plak bila nak masuk kat kawasan larangan...mmg mula2 dulu malu gak nak pkai helmet tu tp sekrg dah ok la...

Re:tgk logo dah lapq tu lom tgk buih root bear g ha.. mmg ramai yg tag zai haa....sabar bagi yg lom zai jawab ok....
Mon 26-May-2008 15:53
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Kak Ita , Moon n Sutan nak ucap takziah atas pemergian ibunda tercinta . Moga tuhan memcucuri rahmat ke atas arwah . Alfatihah Mon 9-Jun-2008 04:07
Posted by:Moon  - [Link]
my deepest sympathy to u kak ita... al-fatihah... Sun 22-Jun-2008 03:12
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 5-May-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Klik klik di sana sini

objek = Skybus atas dashboard..
objek = papa tgh driving
objek = gerai chaw kuey teow
View all 12 photos...
Sejak kebelakangan ni, semakin kurang gambar Danish yg papa atau mama boleh tangkap.

Sebabnya, Danish pantang tengok kami keluarkan kamera, dia terus nak buat main dan klik sana sini. Kalau kamera tu sampai ke tangan dia, alamat mmg tak ada "can" la mama & papa nak tangkap gambar da. Danish akan main klik kamera tu sampai habis bateri atau habis memori.. Bila dah kluar bunyi alarm berdesing tu, baru dia kata "hah...abisss" baru la dia kasih balik kat mama or papa. So cam mana nak tangkap gambar dia. Nak kata kamera tu tak jatuh, toksah cakap, nasib baik umur kamera tu panjang lagi, tapi kadang2 ada la sewel skit sebab selalu sgt terjatuh kat lantai.

Jadi entry kali ni, mama upload ajer objek-objek yg Danish tangkap, jangan terkezut.... macam2 ada.....




Muka tak puas hati sebab tak dpt pegang kamera...

aiyak!! suka berebut kamera ke? huhuhu... sib baik kamera tahan lasak... hmmm.. agaknya danish besar nanti nak jadi photographer kot.. tu yang ari kecik dah praktis Sat 17-May-2008 12:11
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
http://nakbayarhutangptptn.wordpress.com/ Sun 18-May-2008 09:36
Posted by:zaiful  - [Link]
salam perkenalan wat Rosita
nak join kelab Danish boleh?
Wed 21-May-2008 04:29
Posted by:liyana- umi danish n batrisyia  - [Link]
View all 15 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.