Want your
own Fotopage?











 
Danish Faixaal's FotoPage

By: Rosita Samsudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 19-Dec-2006 07:52 Email | Share | | Bookmark
Ho Ho Ho ....

Crita baru bermula
Mana mau lari la?
"pertarungan" baru bermula
View all 9 photos...
Minggu lepas mama singgah Alpha Angle Wangsa Maju. Memang meriah suasana kat situ, almaklumlah masing2 sibuk shopping untuk perayaan krismas, tahun baru, raya haji dan kelengkapan sekolah anak2.

Hampir setiap kedai mama perasan jurujualnya pakai topi santa. Mama ada idea belikan satu sebab nak "kerjakan" Danish.



Mmmmm, tapi sekarang ni bukan kerja mudah nak letak aper2 benda atas kepala anak mama yang botak ini . Nak pakaikan topi ni serupa macam dryper combat jugak la (sebab Danish ni memang amat sukar nak dipakaikan dryper)

Dapat la mama and papa snap ni aje, sampai kawan terguling2 menangis...



Kesian pulak tgk menangis cam ni

Replies:

Auntie Yeen: Danish ni kalu mula2 kita pakaikan topi, biasanya dia cuba nak tarik. Tapi kalu lekakan dia dengan benda2 lain, dan dia lupa ttg ada benda atas kepala tu, dia tak tarik. Tapi tak pulak masa pakai hat santa tu, agaknya dia rimas dengan bulu2 keliling hat tu kut..
Thanks for inviting us to the party.

Auntie Zizie: Itu la pasal, kecian pulak tgk dia menangis sampai tergolek2 sebab mama nak tangkap gambar tu...apala mama ni!! Selalu gak gi Alpha Angel wangsa maju tu belikan dryper danish.. Maybe nanti one fine day kita boleh jumpa, insyaallah.

Auntie Moon: Mmg sekarang ni kalu nak pakaikan dryper, seluar atau baju memang macam mortal combat....cuba satu ajer yg senang, mandi.... kalu tgk air mmg excited. Nanti kalu besar skit ok la, kalu dah faham arahan kita.

Uncle Razi:
Itu la pasal, kena buli gara2 mama dah beli topi santa tu....agaknya dia rimas sebab topi tu ada bulu dikelilingnya, sebab pakaikan cap tak der pulak dia menangis tergolek cam tu.

Auntie Farah: Itu la, mmg sah kena buli, tapi sebab mama nak bagi bergaya kejap . Ada picture raya hati, tapi tak pakai baju melayu, sebab Danish kepanasan.. pakai kejap ajer.

Auntie Elin: Kejap saja kena buli untuk bergaya...

shian nye kat lil' santa claus nih...kena buli ngan mama yea...
ita...mau gak danish pakai yea...skang ni darwisy baru nak pakai cap...
tu pun skejap je....
adoii...shian nye tgk pics las tu...sapai bjurai air mata....
xpe danish..mama bukan dera...mama nak tgk danish jd santa je....
nex week danish pakai baju mlayu lak yea...
Sun 24-Dec-2006 19:33
Posted by:farah@mama HArithDarwisY farah_fazlin@jabil.com  - [Link]
alolo...tiannye kene buli ngan mama........... Fri 5-Jan-2007 09:43
Posted by:elin elinatra@yahoo.com  - [Link]
bile santa nak braya haji ni...mane pics raya haji..? Fri 5-Jan-2007 18:24
Posted by:mama Harith DarwisY : farah  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 11-Dec-2006 00:58 Email | Share | | Bookmark
Today I'M 9...

Elok2 duduk, bgn nak capai camera
bukan mengendap, tapi gambar tak menjadi
sejak kebelakangan ni mmg selalu snap gambar cam ni la...;-)
View all 11 photos...
Hari ini, genap 9 bulan usia Danish. Semakin big boy dah anak mama ni. Begitu pantas masa berlalu, 9 bulan telah berlalu. Kalau dalam kandungan dah kira full term ni, dah boleh due bila2 masa.

Apa perkembangan Danish sekarang? Danish dah boleh merangkak, duduk, berdiri dan memanjat. Berjalan mungkin dalam skit masa lagi. Hobi Danish, selain drp memanjat, suka menghisap. Benda yang Danish suka hisap benda yang bertali, label kat toy dan benda2 kenyal. Apa2 yang dijumpa kat lantai, harus kena "rasa" dengan Danish. Danish ni kira kuat makan jugak, cuma badan ajer tak naik.



Sedang "merasa" tali... Manis ker?

Nak ambil gambar sekarang ni pun bukannya kerja mudah, sebab Danish suka kejar camera. Mungkin dia nak capai tali camera agaknya. Dan pula kalu dah tangkap gambar tu, byk gambar yang tak menjadi. Ada yg nampak mata sebelah, lidah terjelir. Nasib baik la guna digital camera, kalu guna yang berpilem punya, satu roll 36 snap tu mau 2-3 keping ajer gambar yang elok.


selalu dpt tangkap gambar yang sekerat cam ni


Danish paham beberapa arahan, seperti isyarat tangan "jangan", Danish tak jadi buat perkara tersebut. Yang paling mama suka, Danish faham kalu mama minta "sayang", Danish akan cium pipi dengan meninggalkan air liur sekali kat pipi..



Buah hati mama

Replies:
Uncle Razi: Tu la pasal, mama hari2 kena menyapu lantai sebab Danish ni rambut kat lantai pun dia nak kutip....

Auntie Zizie: Auntie, TQ for the wish. *muahz* jugak untuk auntie.

Auntie Moon: Tu la, first time Danish cium mama dengan meninggalka air liur tu, mama mmg betul2 terharu. Bodek mun jugak, nak bubur lebih ker

Mama DarwisY: Danish sungguh berminat dgn sarung dan tali kamera. Untuk pengetahuan mama DarwisY, Danish ni lahir dulu rambut lebat jugak...tapi bila dah masuk sebualn, rambut gugur. Sekarang ni baru nak tumbuh balik, tapi halus2 ajer. Kalau dalam gambar mmg nampak botak ala2 Mawi..
Syukur DarwisY dah sihat kembali, semoga segalanya OK.

Mama Akif: Danish mmg selalu buat muka lucu....hehehehe.... Agaknya nak join baby Akif tak lama lagi jadi Inspektor. Sekarang ni Danish selalu jadi Inspektor nak cungkil button on/off tv, jaga kerusi (berdiri kat kerusi Mama Akif rajin2 la update FP akif jugak...

Auntie Iena : TQVM Auntie. Danish tak tumbuh gigi lagi. Tapi Danish mmg suka mengigit. Kadang2 Danish tarik tangan mama dan gigi ibu jari. Rasa sakit jugak dia gigit walaupun tak ada gigi lagi... Cepat Sofea tumbuh gigi drp Danish walaupun sebaya

Azureen : Yer abg Danish dah membesar, kurang 3 bulan lagi dapat lagi abang umur setahun... Harap2 by masa tu abg dah dpt "kaki". Skrg ni dah praktis2 ngorat anak dara org jugak...kalu Azureen nak apa salahnya, abang no hal
p/s Uncle Azam : Mama bgtau thanks for the tips. Nanti senang2 akan cuba


happy 9 months besday Danish..expression muka danish dia pun sama cam mamanya..suka buat muka2 lawak..hehehe..nnti tak lama lg buleh join baby Akif yg busy jalan sana sini..cam inspector dalam umah..hehehe Thu 14-Dec-2006 04:42
Posted by:mama Akif Harith  - [Link]
Hepi belated 6 mos to Danish... aiseyyy...!! camner aunty bleh lupa befday danish nih... sbb terlalu bizi kot... sori ekkk sayanggg...!!!

Danish dah tau apa skang nih...??? Sofea dah ada 4 gigi dah... (2 atas & 2 bawah)... elok gak danish lambat tumbuh gigi...nanti di gigit nyer pipi mama dia..cam sofea..kuat gigit orang...
Mon 18-Dec-2006 05:36
Posted by:Iena & kids  - [Link]
Abg danish dah 9 bulan? Ish ish dan bujang tu... nanti jangan lupa mengurat azureen ye Tapi tak boleh kish azureen tau, nanti mama marah. Flying kish takpe!
p/s: Auntie, ayah pesan kalau kamera auntie ada zoom, biasakan guna zoom tu. So kita takyah gi dekat ngan baby, pastu dia pun tak perasan kita snap gbr dia. Gbr muka baby pun lebih cantik, cos takde distortion/kembang.
Mon 18-Dec-2006 10:02
Posted by:Nisrina Azureen  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 30-Nov-2006 09:02 Email | Share | | Bookmark
Danish Kat Baby Sitter

Dr kiri : Aiman, Kahita, Danish, Wani (anak tuan rumah)
Danish merengek lak..
Tak sabar nak merayap da..
Ini adalah entry Danish bersama dengan sahabat2 kecilnya di rumah baby sitter. Mama Yam menjaga 3 orang kanak2. Yang paling besar bernama Kahita berusia hampir 2 tahun, Aiman berusia setahun dan yang paling junior ada Danish berusia 8 1/2 bulan.



Replies

Auntie Moon: Kakak Kahita tu anak org Bosnia. Nanti belajar cakap Bosnia ajer. Kahita ni panggil Danish sebagai "Baqir" sebab dia ingat Danish ni adik dia. Dia ada adik sebaya Danish kat Bosnia.

Auntie Iena: Mama hanya Danish ke baby sitter semenjak dia berusia 2 bulan lagi, iaitu selepas mama tamat cuti maternity. Tak ada pembantu kat rumah, so kena hantar Danish ke rumah jiran aje.

Auntie Farah: Anak yang serupa anak mat salleh tu sebenarnya anak org Bosnia. Kedua2 parentnya student UIA. Aiman nangis masa tu sebab baru lepas terjatuh, biasa la baru pandai2 nak jalan, kaki tersadung, terjatuh & menangis. Anyway, tq for visiting DF's FP.

Auntie NN: Kira international la sebab ada awek Bosnia sorang

Uncle Razi: So far tak kena buli, sebab yang besar2 tu dok sayang macam adik la kononnya. Kadang2 dia yang buli dan kacau abang dan kakak kat situ, mana tak nya ada kawan tgh tidur tu, Danish pegi ambik puting depa buat mainan, apa lagi melalak la abang/kakak tu Danish mmg betul2 peringkat lasak sekarang, sampai kadang mama dan papa pun tak larat nak layan, lebih2 lagi semenjak dia dah boleh berdiri dan memanjat ni...

Auntie Anis: Kalu lama skit anak Bosnia tu duduk Msia, boleh jugak Danish belajar bertutur bahasa Bosnia. Tapi Danish ada nama baru yang diberi oleh Kahita tu iaitu "Baqir"

Uncle Meorjay: Mmmg pun, main sakan kalu kat rumah baby sitter. Almaklumlah ada 3 org kanak2 lain termasuk anak tuan rumah. Danish paling suka main bola, hisap benda bertali atau berlabel, remote control.

Mama Alif: Anak yang serupa mat salleh tu anak Bosnia, mata hijau, rambut ikal kuning, kulit putih merah..memang geram la... mama macam nak kidnap ajer bawak balik Kahita ni... hehehehe... Danish sekarang dah boleh merangkak, duduk, berdiri, memanjat. Mama cuma nak tunggu Danish berjalan ajer sekarang.

Mama Danish Aiman: Kakak Kahita tu mmg suka melayan Danish... usap2 kepala, cium la....konon2 Danish ni adik dia la.. sebab dia ada adik sebaya Danish kat Bosnia.


ramai nyee kawan danish?? anak sapa tu yg mcm mat saleh? daanish sekarang dah dapat buat apa?? Thu 7-Dec-2006 07:30
Posted by:ashfa  - [Link]
Wahh.. kecik2 dah ader kakak angkat yek Danish.. hehehhe. Cute nyer muka danish lepas nangis... tu lepas kena pujuk ngan kakak angkat nyer la tuu.. serasi betul! Thu 7-Dec-2006 14:45
Posted by:Mama Danish Aimah  - [Link]
Kak Eita ...lepas nih Danish leh cakap Bosnia la jgn terkezut plak mama nyer hahhahahha mmg terrer la Danish Fri 8-Dec-2006 08:47
Posted by:Munirah  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Saturday, 11-Nov-2006 13:00 Email | Share | | Bookmark
Danish dah 8 Bulan

Hi
 
Masa2 lapang cam ni
View all 11 photos...
Danish dah lapan bulan, kalu perhatikan ticker lilypie tu pun dah nak sampai penghujung. Danish dah semakin membesar rupanya....

Dalam lapan bulan ni apa Danish dah buat??? Semua dah, cuma berjalan ajer belum (berjalan dalam walker dah lama boleh) maksudnya berjalan tanpa di pimpin.. Danish pun dah makan nasik bubur, tiap2 kali makan mmg licin setengah mangkuk..kuat betul Danish makan.. Nak cepat besar kut.

Pagi2, tak soh cakap. Kalau tak ada alarm clock, mama dan papa pun akan bangun. Sebab ada alarm clock lagi besar yang kejutkan. Alarm clock ni, Danish la!! Paling lewat Danish bangun 6.00 pagi. Tapi kalu bangun pukul 5 pagi tu memang dah perkara biasa. Macam nak bangun bersahur pulak. So semenjak kebelakangan ni, memang mama and papa kurang tidurrrrrr

Ni yang nak cari petua, cam mana nak bagi Danish bangun lewat bangun? Bagi tidur lewat, sama jugak, dia bangun awal jugak. Kalu time demam atau flu, bagi ubat demam/flu, sama jugak, Danish tetap bangun awal.

Tak per la, kalu sampai umur 7 tahun cam ni, senang la mama and papa kejutkan untuk pegi sekolah.......





Replies
Uncle Razi: Bukan setakat boleh solat awal, malah boleh jadi tukang azan kat surau jua

Mama Danish Aiman: Danish biasanya tidur antara pukul 7-8 malam. Tapi kadang2 ada juga dia ttidur 9malam. Tapi tak kisah pukul berapa dia tidur, waktu jaga dia hampir sama saja, dalam pukul 5 pagi, habis terbabas pun pukul 6 pagi, tapi jarang2 la berlaku! Itu la mama ada cadang jugak nak tidurkan dia lewat supaya dia akan terjaga lewat, tetapi masalahnya kalu Danish dah nak tidur dia akan merengek, so kena juga tidurkan dia waktu tu juga. Dan lagi satu Danish ni kuat main waktu siang dan amat kurang tidur, sebab tu juga yang dia nak tidur awal.

Auntie Elin: Tima kacih, mmg ceria sokmo..

Uncle Raime: Masa baru lahir dulu, byk jugak rambut Danish, tapi lama kelamaan rambut gugur. Sekarang baru nak tumbuh semula, tapi slow sgt. Nak ikut fesyen Henry...kepala ala2 botak jugak
Anyway, tima kacih kerana mengunjung FP Danish.

Auntie Iena: TQ auntie for the wish.

Auntie Zizie: Tu la zie, depa bangun awal boleh tidur lagi siangnya. Kita yang terjaga awal ni, mengantuk kat opis Agaknya baby lahir kat Damai Hospital ni jenis bangun awal kut...


tahniah dah 8 bulan..nureen baru cukup 100 hari. btw, kenapa botak? minat zidane yer..
Thu 30-Nov-2006 03:42
Posted by:raime greenfore@yahoo.com  - [Link]
Aiiseyyy..!!! camner aunty bleh luper nak wish nih... twin my doter nih...

Btw, Hepi Belated 8 mos to Danish...aunty doakan Danish jadi anak yg soleh, baik dan taat pd ibu bapa dan agam, InsyaAllah...amin..!!
Fri 1-Dec-2006 06:47
Posted by:Iena & kids  - [Link]
bila baca progress danish ni, sebijik macam fenriz lah! dia pun bangun awal pagi gak... kejutkan mama & babah solat subuh... Tue 12-Dec-2006 14:16
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 24-Oct-2006 10:00 Email | Share | | Bookmark
1 Syawal 1427

Danish nak beraya ni
Alamak haus la, Danish minum dulu
Danish & papa, sedondon purple
View all 9 photos...
Pagi ni Danish bangun awal, al maklumla Hari Raya. Danish lagi seronok sebab ini adalah Hari Raya pertama Danish. Ingat nak ikut jugak papa gi solat raya, tapi papa tak nak bawak. Tak per nanti besar skit Danish ikut la.

Meriah sungguh beraya di Sarawak. Sana-sini open house. Yang pasti semua rumah mesti ada kek lapis and air lemonade, coke, sprite, FN. Dengar crita papa sampai hampir tergolek dog sebab byk minum air gas. Yang best ya beraya kat Sarawak, rumah sapa yang ada pasang lampu kat luar rumah tu, maksudnya masih lagi menyambut tetamu. Mmmm... baru tau. Dah tu pulak, ada hari tu Danish sampai tertidur sebab kul 11pm baru balik beraya. Itu la penangan beraya di Sawarak.






Replies
Auntie Zizie: TQ auntie zizie. Danish ni kuat berpeluh, sebab tu pakai baju raya setakat 1-2 jam dah berpeluh & meragam kepanasan.. jadi pun hilang ke mana. kebetulan pulak hari raya kat kuching tu cuaca pun panas. Bestnya Abg Fenriz boleh berbaju raya hingga ke malam dan byk set lagi, Danish pakai setakat raya pertama saja...

Auntie Anne: Sedondon purple, itu tu mama ambik drp kain baju papa yg lebih. Nasib baik ada kain lebih dalam 1 meter.... Mama ada beli baju raya utk Danish kat KB masa balik merdeka dulu, tapi baju tu masih lagi besar, so pakai ajer yg ini la.. Danish bukan setakat main mercun..dah main meriam buluh da...

Auntie Yeen: Danish melaram kejap ajer, pagi pakai baju dalam sejam gitu. Dah tu bukak tukar baju lain. Bila ada sessi family photo tu pakai lagi kejap. Kali ni dia mengamuk jugak, mungkin sebab panas & nak tidur... tu yg bukak baju sambil makan biskut tu nak pujuk...

Auntie Iena : Biasala auntie, pertama kali beraya, jadi beraya sakan la....tapi melaram kejap ajer..dah tu baju pun entah ke mana..

Uncle Razi : TX for visiting Danish's FP. Hebatnya FP kak Insyirah/Yasmin. Grafik uncle sungguh kreatip. Suka yg ada penguin tu, comel.

handsomelah danish ngan baju melayu purple plus the samping...hehehe, sampai pukul brapa je danish tahan pakai baju melayu tu ita? sian dia kepanasan...wah, syok danish makan kuih raya ngan tak da baju ye sayang... Thu 16-Nov-2006 12:45
Posted by:yeen : mama faris  - [Link]
Waahhh..!!! hencem nyer Danish ngan baju melayu purple tuh... yg pakai songkok tuh lagi hencem... bergaya sakan Danish raya nih ekkk...!!! Wed 22-Nov-2006 04:11
Posted by:Iena & kids  - [Link]
sedondon warna ungu comel danish pakai baju melayu Thu 23-Nov-2006 10:02
Posted by: r a z i  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 14-Oct-2006 15:00 Email | Share | | Bookmark
Danish @ Kuching, Sarawak

Papa hantar ke KLIA
Danish dah terlewat ni
Nak boarding
View all 16 photos...
Ini kali kedua Danish balik ke Kuching. Pertama kali balik masa berumur 20 hari, kali ini berumur 7 bulan+. Danish balik ngan mama, papa hanya balik seminggu kemudian. Memang penat mama nak layan dan kawal Danish sepanjang hampir 2 jam dalam "belon", semua benda depan mata nak dicapai dan di"rasakan". Beg mabuk udara memang antara yang favourite, sehingga lunyai kena gigit.



Replies

Auntie Anne: Tahun ini giliran beraya di Swak, tahun depan KB. Tapi Danish rasa maybe balik jugak Kuching tapi mungkin raya ke 4 gitu la... Naik belon best, tapi aisey, Danish tak tahan pressure tu, mengamuk jugak la kejap dalam belon. Nabib baik ada stewardess tolong pujuk..

Auntie Zizie: Danish dah boleh berdiri da auntie. Dah boleh bertatih... harap2 by 1st birthday Danish dah dpt "kaki" lagi syiok. Abg Fenriz ikut la Abg Darren kalu balik swak, boleh la "niki belon"..

wah2...best nya Danish beraya kat sarawak...meriah gitu...best kan dpt naik belon...bila nak dtg raya rumah auntie.. Wed 15-Nov-2006 06:42
Posted by:anne  - [Link]
wah! danish dah pandai merangkak? kagumnyer auntie jijie... cam best je danish gi sarawak ye... naik "belon" plak tu... fenriz blom merasa lagi naik "belon"... bila agaknyer ek? hehehe... Wed 15-Nov-2006 23:07
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Friday, 13-Oct-2006 01:37 Email | Share | | Bookmark
Salam Syawal

Salam Semua
Di kesempatan ini...
Danish & Keluarga ingin mengucapkan
View all 10 photos...
Sempena menjelang Syawal tidak berapa lama lagi, Danish & Mama & Papa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri buat semua. Di kesempatan ini juga, mohon kemaafan sekiranya pernah terkasar komen atau bahasa di sepanjang pergaulan kita.

Tahun ini Danish akan beraya di Kuching, Sarawak. Kepada rakan2 yang kebetulan akan berada di Kuching semasa Aidil Fitri nanti, jemputlah datang ke rumah. Semoga hari lembaran kita bertambah meriah (terutamanya mereka yang sebelum ini beraya berdua...), termasuklah mama dan papa Danish.

Kepada teman2 yang memandu balik kampung, Selamat memandu dan pandu cermat. Kepada yang balik naik kapal terbang atau kapal laut, Selamat segalanya jua dan jangan tertinggal kapal!!




Menjelang sudah Syawal Mulia
Maaf dihulur, ampun dipinta
Tulus buat semua
Aidilfitri bahagia, penuh bermakna


Salam sayang
Danish, Rashdan & Rosita

nota : Edisi Syawal ini kena diupload awal memandangkan mama akan mula bercuti mulai 14hb. Nanti takut sibuk buat biskut, tak sempat nak buka blog ni pulak


Replies:
Ouled Kenitra : Terima kasih kerana mengunjungi FP Danish
Mama Sofea : Salam Aidil Fitri juga untuk auntie and keluarga. Tahun ni dijamin Danish rayya sakan, sebab tu balik kampung pun awal.
Auntie Elin : TQ auntie, manis tu adala . Selamat Hari Raya jua untuk auntie dan famili.
Uncle Ismadi : Patut la macam rasa kena ajer "timurbarat" rupanya Uncle "East". Selamat hari raya!
Uncle Jejaka : Tima kacih. Salam Aidil Fitri untuk uncle & famili.
Papa @ Dan Sr : Mesti la, tahun ni beraya di Miaw2. Nak makan kuih lapis swak dan air lemonade. Nak try jugak terubok bakar di satok... Tak per, Danish tak ada satu minggu, papa boleh tidur lena, tapi jgn tak bangun sahur pulak... Sayang papa...
Auntie Anne: Danish & mama balik dulu, papa balik seminggu lewat. Katanya tak cukup cuti... tak per bagi peluang kat papa jadi org bujang utk seminggu.
Auntie Ayda: Selamat Hari Raya juga utk auntie seisi keluarga.
Auntie Azie: Selamat Hari Raya jua untuk auntie & family. Tahniah kerana dpt lagi seorg puteri.
Azureen: Selamat beraya juga untuk Azureen Sama la kita beraya sakan, memandangkan ini adalah raya kita yg pertama.
Auntie Moon: Selamat Hari Raya untuk Auntie Moon & family. ABg Is sure rayan sakan yer...
Auntie NN: Selamat Hari Raya untuk auntie & family. Tak jumpa pun angpow kat situ
Auntie Zizie: Selamat Hari Raya jua untuk auntie & family. Abg Fenriz pun pasti beraya sakan tahun ni. Alamak, ramai jugak org kata Danish ada cheeky smile..hehehehe..memang pun
Uncle Meorjay: TQ for visiting Danish's FP. Untuk sessi bergambar ini, Danish pakai baju raya yg diturunkan drp abang sepupu... so kira baju raya jugak la
Auntie Yeen: Selamat Hari raya untuk auntie & family. Kalu benda yg longgar tu boleh la letak kat kepala Danish, tapi kalu yg ketat tu dia tak suka, pasti kena tarik. Hugs & kissess juga utk Abg Faris.

amboiiiiiiiiiiiiiiii hensemnyer danish faixxal!!! hehehe... danish mmg hensem berbaju melayu hijau siap sampin & songkok gitu... menarik tertarik mmg d'bomb! hehehe... suker sgt auntie jijie tengok!!! yg auntie jijie paling suker ttg danish ni ialah SENYUMAN cheeky dia tu... cairrrrrrr wa cakap lu!!! *muahz*

dikesempatan ini, auntie jijie + uncle sam = fenriz ingin mengucapkan selamat aidilfitri 1427H buat danish faixxal tersayang sekeluarga. maafkan segala kekurangan kami, agar kami dapat menggapai cinta dan redhaNya! insya Allah! amin....
Mon 6-Nov-2006 15:10
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Selamat hari raya. Wah! Danish sungguh bergaya dan encem. Baju raya ke tu? Thu 9-Nov-2006 07:06
Posted by:Meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
selamat hari raya aidilfitri and maaf zahir batin to rosita and family.
handsome lah danish pakai songkok. nie another good boy wearing songkok on hari raya unlike faris hazim . langsung tak nak pakai!
hugs and kissess to danish..
Fri 10-Nov-2006 17:27
Posted by:yeen yeenhalim@yahoo.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Wednesday, 11-Oct-2006 03:00 Email | Share | | Bookmark
Today Danish is 7...

Ini Danish 7 bulan yang lalu
Sekarang...
Kini...
View all 4 photos...
Hari genap usia Danish 7 bulan...


semoga anak mama sentiasa sihat


dan happy selalunya, Amin.


Replies:
Auntie Anne : Auntie, tq for the wishes. Danish ni cukup susah kalu nak diambilkan gambar, kalu snap 20 kali, hanya 2-3 keping ajer boleh guna, yang lain2 toleh kiri, kanan, bawah...
Uncle Shukri : TQ for visiting... Gambar2 kat FP uncle besh2 la
Papa @ Dan Sr : Aishh papa, Danish baru 7 bulan... dah nak kawin? Tapi tak per, kat FP ni ramai calon2 yang kiut miut macam Preitty Zinta, Catherine Zeta Jones.. bla..bla..
Auntie Azie : TQ for the wishes. Tu la, mmg cepat sungguh masa berlalu....
Mama Sofea : TQ auntie atas doa tersebut. Same wish untuk Sofea juga yg berulang bulan ke 7..

Happy 7 mos Dansih cayang... Cepat je masa berlalu. Rasanya mcm baru je k.ita bersalin. Harap Danish membesar sihat.. Wed 11-Oct-2006 08:17
Posted by:azie  - [Link]
Hepi 7 mths to Danish...semoga jadi anak yang baik, taat & soleh...InsyaAllah..amin!!!!
Yer lah..!! befday danish ngan my doter, sofea sama...11 Mac 2006... so, ari nih pun sofea pun 7 mths jugak...tapi aunty tak sempat nak wat entry utk tuh lagi... ada masa nanti baru buat...!!
Thu 12-Oct-2006 00:22
Posted by:Iena~Ilham & Sofea  - [Link]
sukernyer tengok senyuman danish faixxal ni!!! cairrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr wa cakap lu! hepi 7mths sayang! smoga sentiasa berada dalam lindungan Allah! maaf auntie jijie berkabung lama sangat, tak jenguk2 FP danish ye... *muahz* Mon 6-Nov-2006 15:04
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 24-Sep-2006 06:01 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan Untuk Semua

Kenal sapa ni...
(Sheikh) Danish Faixaal Al Rashdan Al Abdullah
Ingin mengucapkan..
View all 6 photos...
Hari ini hari pertama Ramadhan. Mama & Papa puasa. Danish? Errrr...malu nak khabaq, tahun lepas puasa penuh, tahun ini....a..a.... puasa jugak, tapi waktu tidur juga la.....



Sempena bulan yang mulia ini, Danish & Mama & Papa, ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada Auntie2, Uncle2, Kakak2, Abang2 dan semua yang pernah, sedang dan akan mengunjungi FP ini. Semoga amalan kita diredhai dan diberkatinya, Amin.



Replies:
Auntie Azie : Selamat menjalankan ibadah puasa jua kepada auntie & family. Ni yg Danish tak sabar tunggu raya tahun ni, first time nak feel raya....
Uncle Hasnizam : TQ for visting Danish's FP. Salam ramadhan jua utk uncle sekeluarga.
Auntie Elin : Salam perkenalan dan terima kasih kerana melawat FP Danish. Masa gambar ni ditangkap Danish baru ajer balik drp klinik dan hari hujan renyai2, so mama pakaikan aje kopiah and kain...
Auntie Anne : Ni pak arab bukan sebarang pak arab..dr negeri gohet gostan. Danish puasa yang yuk ajer auntie..
Auntie Zizie : Danish pun ingin mengucapkan selamat berpuasa pada abg Fenriz and auntie serta keluarga. Errrr..abg Fenriz ngan Darren puasa tak? Tahun ni abg Fenriz pun boleh raya sakan sebab ini raya kita yg pertama....
Adik Azureen : Insyallah masin mulut dik Azureen, boleh mengaji kat sana...Amin. Bagi la alamat, nanti Abang Danish hantar kurma yg fresh... abih kurang pun kad raya...
Auntie Ayda : TQ for visiting Danish's FP and salam Ramadhan buat auntie & family.
Auntie Nor : Salam Ramadhan dan terima kasih kerana mengunjugi FP Danish. Mudah2an masin mulut auntie. Auntie kat Nippon yer..bestnya, salam kat abg Hafiy yer...
Mama Sofea : Terima kasih kerana mengunjungi FP Danish dan salam ramadhan untuk Auntie n family. (Pak Arab yg sorang ni puasa yang yuk ajer.... )
Mama Alif : Terima kasih kerana singgah di FP Danish dan salam ramadan untuk Auntie serta keluarga.
Mama Amir&Najaa : TQ for visiting Danish FP. Selamat Berpuasa & Hari Raya juga kepad aRoney & keluarga

Ya Habibi...!! MasyaAllah.. ente manyak hensem lah pakai itu "sarban"... ana manyak suka tengok ente... Selamat berpuasa jugak utk ente & keluarga... (nih pose ker tak nih 'pak arab' sorang nih...?? ) Mon 9-Oct-2006 01:05
Posted by:Iena~Ilham & Sofea  - [Link]
Hi danish.. comey dia pakai kopiah.. selamat berpuasa kepada danish sekeluarga... Mon 9-Oct-2006 01:14
Posted by:ashfa  - [Link]
Ala tiut tiut nye Danish ni...Selamat Menyambut Hari Raya buat Kak Ita sekeluarga... Tue 10-Oct-2006 06:02
Posted by:Ibu AMir&Najaa  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Saturday, 23-Sep-2006 17:21 Email | Share | | Bookmark
Satu petang D Putrajaya....

Saja snap2...
hello
aa....mula nak tarik kaki lagi la tu
View all 8 photos...
Balik saja drp party Puteri Sofiyyah, alang2 dah sampai putrajaya, kami pun singgah di waterfront. Ini adalah kali pertama Danish melawat Putrajaya. Danish seperti biasa kalau dibawa keluar, bukan main excite lagi tgk sekeliling..




Sambil2 tu sempat juga beli sebuku roti menjamu ikan makan dalam tasik tu. Senang betul nak umpan ikan kat tasik ni, campak roti, beramai2 datang berebut. Kalu ini pertandingan memancing, memang boleh jadi johan la.



Ingat nak gi Taman Botani, tapi dah kesuntukan masa, insyaallah nanti bila2 kita datang lagi ke sini yer.

Reply
Auntie Zizie : Insyaallah akan ketemu juga nanti Danish and Abg Darren & Fenriz. Stokin tu macam nak tercabut dah frog and hyppo nya sebab asyik kena tarik ngan Danish.



wah bestnyer danish jenjalan kat putrajaya ye sayang... rajin mama & papa bawak danish jenjalan... lain kali bleh jenjalan dgn fenriz & abg darren kalau ada rezeki kita berjumpa k... cantiklah socks danish pakai tu! dulu auntie jijie pun teringin nak belikan fenriz, tapi aisey! fenriz ni cepat sgt membesar... tak muat dah! Wed 4-Oct-2006 12:19
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.